post ini pasal diri aku yang dulu dan sekarang. pasal kawan. pasal apa yang aku alami. tetibe rase nak luahkan. kalau malas baca, tapayah lah.HAHA
to tell you the truth, aku sangat bersyukur sebab aku di kurnia kan ramai kawan dan sahabat. kawan sekolah rendah, menengah, sains muar dan di starbucks dulu. ramai. ramai sangat. bukan nak berbangga atau apa. tapi i'm glad cause most of my friends jenis bukan kawan yang lupa membe. kami still contact, kami still hangout, kami still bergembira dan bersedih bersama.
ade yang dah ke Mesir, ade yang akan ke India, ada yang akan ke Ireland dan kebanyakan nya maseh bertarung masa depan mereka di sini, Malaysia, bersama aku.
di Samura dulu, aku dah buat satu mistakes yang sangat besar. aku penting kan benda lain lebih dari diri aku.aku penting kan kawan, aku pentingkan hati cikgu, aku pentingkan pergaulan, aku pentingkan keseronokan,
ya, aku tahu. tak salah pun tapi biar berpada. tapi, aku tak pandai. time tuh aku tak terfikir. aku akui aku bodoh. sebab selalu memikirkan perasaan orang lain tapi hati aku yang sakit. aku yang kecewa. aku yang depressed. tapi, takde siapa pun sedar. sebab dorang ade masalah dorang. buat ape dorang nak kesah masalah orang lain, betul tak? aku jek yang over.
di sebab kan benda benda ini, study aku lingkup. lingkup abish. walau macam mane pun aku belajar, setiap hari tatap buku, satu benda pun tak pernah nak masuk. aku buntu. kenape? masuk form 5, aku semakin ramai kawan. kawan yang cuba membantu aku
tapi, on the same time, aku tetap dengan perangai lama. benda niyh bertambah rumit bila aku sendiri tiada masa untuk diri aku. setiap kali aku cuba belajar, ade saje orang yang mencari. susah!
seorang pelajar yang sentiasa mendapat top 5 ketika di sekolah dan straight A's ketika peperiksaan besar, akhir nya lingkup ketika SPM sebab mementingkan perihal orang lain berbanding dirinya. aku tak salah kan mereka. aku salah kan diri aku. aku tahu mak bapak aku mengharapkan something big from me. because i've never let them down. setiap kali test ke trial aku hanya cakap ' results aku ok jek' padahal hampeh
aku pun pernah dikutuk oleh kaunselor sebab results aku. 'macam mana awak nak jadi contoh sebagai ketua bimbingan kaunseling kalau results awak camni'
ohh tuhan, time tuh aku terus terdiam, lari kat bujang menangish macam orang gila. saket gila kot. korang ape tawu! korang just suruh aku sabar. macam lahh korang rasa.
aku paling ingat,(rasa mcm pernah cerita benda niyh kat sini) time nak ambil results SPM, disebab kan one-way, kite orang amik results di SASER dulu. tengok amin, dengan bangga nya naik pentas sambil garu kepala. semua bertepuk. budak BLACKLISTED(yeke?) dapat straight A's.semua kagum. di sebab kan majlis kat saser abish lambat gila, kterg terkial cari bas. BUZA called. 'yan kau dapat 5A jelah'. time tuh aku sorang kat stesen bus, amin tengah cari bus pergy Muar, aku menangish melutut kat lantai. malu jugak sebab sume orang tengok tapi aku dah tak pk ape. terus ingat ibu ayah. mesti dorang kecewa gila. sebab aku pun kecewa dengan diri aku. time tuh jugak malu dengan parents amin, yelah anak dye kawan dengan orang bodoh. arrggghhh. ala, aku tawu ramai cakap, 'weyh, SPM jek pon'. memang laa SPM jek pun. tapi cuba korang ingat balik. perasaan time klua results. SPM tuh rase mcm segala galanya kan. tipu korang tak rase pape.haha
alhamdulillah, ibu ayah boleh terima. dorang tak marah aku tapi aku realized ade nada kecewa time aku called ibu. haihh. maaf ibu ayah.
sekarang, aku di college. private college. ye, aku tawu cost nyer beribu. bukan aku tak dapat offer, tapi suma nya bukan ape yang aku nak. ibu ayah support kehendak aku. sekarang aku di HELP university college pursuing my degree in BACHELOR OF PSYCHOLOGY. haha. orang pandang rendah dengan course yang aku ambil ini. kate nya, bukan dapat keje. takde orang nak terima laa kalau graduate nanti. tapi tuh semua kita tak tahu. rezeki itu di tangan Allah. kita usahakan mana yang mampu. aku minat dengan course ini. maybe minat tuh timbul ketika di Samura dulu. ketika aku tak mampu bahagi kan masa ku dengan pelajaran dan mendengar masalah rakan. ade baik nya juga masalah aku di samura dulu kan. akhir nya aku tahu ape yang aku minat.
minat aku niyh juga menemukan aku dengan Amin. tapi mungkin rezeki nya bukan dalam bidang ini. insya Allah, dia akan lebih berjaya dalam bidang perubatan di Alexandria sana.
sekarang aku rase aku trauma. aku tak berani berkawan rapat sangat dengan sesiapa di college. aku takut aku kecundang lagi. dengar sangat cakap kawan. ikut sangat kawan. lepak sangat. lalai sangat
i still got friends. some during my foundation, and few now, kat degree. tapi, aku tak berani close. seriously. aku sekarang just harap kawan kawan lama untuk aku hangout.
aku friendly. aku bukan laa jenis pendiam tak bercakap langsung. tidakkk.jauh panggang dari api. once bercakap, memang susah nak diam. tapi, degree niyh, aku sangat takut rapat dengan orang. biarlah dorang kawan di kelas saja. sometimes, adelah aku jeles jugak tengok, mereka happy jek. gang up ramai ramai, lepak sana sini, keluar sana sini. aku pulak, datang kelas, borak sikit, balik. ahaha. busan.? memang busan weyh.
orang selalu cakap, time college life lahh nak buat kawan banyak - banyak. enjoy sume. bla bla bla. tapi, serious aku trauma lagi. cukuplah, aku pernah jatuh dulu. tanak ulang lagi benda lama.
nak jek cakap kat orang,' hey, aku bukan sombong lah.just pengalaman aku suruh aku jadi cmni'
susah aku nak berubah balik. benda dah jadi. aku bergantung kawan kawan lame. kalau kawan lama tinggalkan aku. ahaha.memang aku takde life laa weyh. wakaka. malangnya nasib. tp aku rase, ade orang life nyer lagi teruk dari aku. jadi sekarang, aku hanya perlu bersyukur atas ape yang aku dah ade. janji, penting, aku sendiri yang happy. bukan lagi, aku sakit untuk orang lain happy. aku takan ulang lagi.
insya ALLAH.
aku tak tahu lah ini dendam atau ape, kalau ape yang aku faham ini salah, sila lah bagi nasihat.huhu

3 comments:
damage is done... yes, there is nothing u can do... but u can learn from it n start a new life...
kawan ni penting... bukan untuk hidup... tapi untuk kita belajar tentang kehidupan...
education is not only from uni or college. tu formal education... tapi yang mahal adalah informal education which u get from ur own experience n others...
u had experienced downtime masa SPM... patutnya dari situ yan dah tau cara mana yang paling sesuai untuk yan... i mean, cara blaja cane yang effective without leaving any friends or not adding any new friends...
sis, cara u skang ni more on blaming urself rather than learn a lesson :)
tah laa kak. tapi kite still takut. takut to face the truth
takut to take any risk that will cause me even worst.
huhu.
susah betul :(
why dun u sit n think... what was happened. what went wrong. what is right that time... u have to check every aspect n from every angle.
then, i will get a conclusion which will help u to get a better lifestyle...
hidup jangan takut untuk buat kesilapan sebab dengan kesilapan la kita belajar erti kehidupan...
cuma jangan diulang kesilapan yang sama berulang kali...
one time is a mistake. second time is a shameful. third time is a stupidity...
:)
Post a Comment