20100831

I.N.D.E.P.E.N.D.E.N.C.E DAY



mungkin aku terlewat nak laung kan selamat hari MERDEKA ke-53. tapi tak mengapa lah. terlewat sehari ape salah nya. maybe aku pun dah takde semangat merdeka.mungkin juga. lagi lagi bulan puasa nie, rasa malas jek badan. (ah, alasan). tapi lebih baik tumpukan pada amalan Ramadhan niyh, betul tak? i'm lucky to have you amin sebab selalu ingat kan i benda benda niyh. thanks :)

sometimes, bila tiba je tanggal tiga puluh satu ogos nie teringat zaman jahiliah dulu. haha.teruk sangat bunyi nya. dua tiga hari sebelum merdeka, aku dengan cousin cousin aku dah plan awal2 nak celebrate kat mane.
KLCC? Bukit Bintang? Telawi? time tuh rase nya still form 1 form 2 lagi.wahh,kecik lagi da pandai.bila fikir balik, teruk nya rase zaman awal remaja aku.haih. parents aku pulak,sentiasa bagi green light sebab dorang trust cousins aku niyh. aku pun follow jela. kalau takat nak celebrate dengan membe, harapan laa.
sume akan jawab 'sorry laa yan,aku mane boleh keluar ruma'. ayat yang aku paling menyampah sekali kalau aku nak ajak membe.haih.so at the end, terpaksa laa aku berkepit dengan cousins aku.



selalu merdeka eve aku da gerak pergi rumah dorang. malam tuh confirm laa over-night. kunun laa pergi tengok 'fireworks' or concert merdeka yang selalu ade kat klcc tuh. haih. punya laa ramai orang. Masya Allah.aku tak sangka macam mane la aku sanggup pergi dengan keadaan manusia sebegitu. sumpah weyh. pening kepala den. bising, busuk, berhimpit semua lahh.

lagi lagi kalau nak pergi sana kene laa naik Putra.memang keje kau cium ketiak orang jela.dan alhamdulillah aku memang di anugerah kn mempunyai ketinggian yang berbeza sikit dari teman sebaya aku. so, aku mebi cium atas sikit dari ketiak.hahaha. selalu lepas countdown dekat klcc, kiteorang akan menapak ramai ramai pergi bukit bintang pulak.ye, aku bekawan dengan orang yg jauh lagi tua dari aku. kira aku niyh budak budak yang bajet nak ikut orang besar laa.tapi ape aku kesah. bila kat skola boleh bangga cerita kt membe.haha.BUSUK gila perangai.

oke cukup. aku sebenar nya teringat. bila time aku duduk tepi jalan area BB Times Square main spray spray keluar buih,gelak ketawa ,tengok gigs, tengok orang comolot sana sini, tengok orang mabuk, tengok nyah nyah sume tegedik gedik, tak pernah ke terlintas dalam mind aku. ini ke cara aku celebrate Merdeka? ape yang aku dapat?seronok?gembira?pahala?ketenangan? ohh,semua takde langsung dalam senarai. aku hanya dapat dosa dan letih esoknya sebab balik kul 5 pagi.mebi time tuh aku maseh kecil.tak mature. period pun baru dua tiga kali kots.haha.

dan aku tefikir betapa rosak nya aku dulu. dan alhamdulillah juga, aku merasa semua tuh dan realised way before aku ade kebebasan macam sekarang. sebab kalau tak mesti aku lagi teruk. dan aku harap benda ni kekal lame. selagi aku masih ade orang sekeliling untuk bimbing aku, insya Allah hati dan jiwa aku akan sentiasa merdeka. all im saying is, aku bersyukur sebab aku sempat merdekakan diri aku sebelum aku terlambat dan menyesal later on. and i'm hoping, all my friends will be the same too. maseh ade masa.

No comments: